Header image alt text

Sejarah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri merupakan sekolah menengah harian yang ditubuhkan pada 5 November 2012. Sekolah ini terletak dalam Mukim Beseri dan di bawah Parlimen Padang Besar. SMK Beseri dikategorikan sebagai sekolah gred B dengan keluasan 5.565 hektar.

Sekolah ini, mempunyai 29 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Jumlah pelajar adalah seramai 252 orang dan kelas pula adalah sebanyak 11 kelas. Pelajar sekolah ini terdiri daripada sebahagian besar kaum Melayu, sebahagian kecil keturunan Siam dan Cina. Pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 adalah pelajar yang berasal daripada sekolah sekitar kawasan ini iaitu, SMK Tengku Suleiman, SMK Dato’ Jaafar Hassan dan SMK Padang Besar. Pelajar tingkatan 1 adalah pelajar sulung di sekolah ini pada tahun 2013.

Penubuhan SMK Beseri diharap dapat mengurangkan bilangan pelajar yang padat di sekolah yang berhampiran dan mendekatkan jarak antara sekolah dan rumah penduduk di sekitar kampung Semadang yang merupakan lokasi sekolah.

Adalah diharapkan SMK Beseri akan dapat menyediakan ruang dan peluang kepada anak-anak penduduk setempat mendapatkan pendidikan yang terbaik dan seterusnya membantu menyediakan modal insan yang berguna ke arah pembangunan agama, bangsa dan negara.