Header image alt text

Aluan Pengetua

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya membolehkan kita berada di sebuah institusi pendidikan yang baru memulakan operasinya sejak November 2012 yang lalu. Bangunan yang baru dan indah ini memberikan inspirasi kepada kita semua untuk menentukan arah tuju untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang. Keberhasilan sesebuah intitusi pendidikan dinilai melalui aspek kualiti diri individu yang dilahirkann di sini. Insan yang dilahirkan hendaklah menjadi pemimpin masa hadapan untuk masyarakat.

Lantaran itu, kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kekuatan dan semangat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjana kecemerlangan di SMK Beseri. SMK Beseri adalah sebuah sekolah yabg baru dibuka di negeri Perlis dan menjadi tanggungjawab kita untuk sama-sama merealisasikan dan memastikan sekolah ini mencpai visi dan misinya dan seterusnya menjadi salah sebuah sekolah harian yang cemerlang pada tahun 2017.

Hasrat untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang akan dapat dicapai sekiranya pihak pengurusan sekolah, guru-guru, staf sokongan dan semua pelajar dapat bersatu hati dan boleh bekerja dalam satu pasukan begi mencapai visi dan misi sekolah tersebut.

Di samping kita berazam membina budaya kerja cemerlang, kita juga mesti mendukung dasar dan aspirasi SATU MALAYSIA iaitu menanam BUDAYA BERPRESTASI TINGGI, BUDAYA KETEPATAN, BUDAYA ILMU, INTEGRITI, KETABAHAN, KESETIAAN, KEBIJAKSANAAN DAN BUDAYA INOVASI dan sanggup mdlakukan transformasi minda. Sekiranya kita sebagai pendidik berjaya melahirkan golongan remaja yang mempunyai ciri-ciri di atas, maka kita berjaya melahirkan insan yang holistik serta mampu menjayakan wawasan negara yang seterusnya menjana Kemenjadian Insan yang mampu mengharungi arus globalisasi.

Akhir kata, saya amat berharap agar semua warga SMK Beseri akan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik, ko kurikulum dan mempunyai akhlak mulia.

“ILMU TRANFORMASI INSAN”

Sekian, terima kasih.